Saturday, February 2, 2013

Baru nak berjinak-jinak dengan CORPSDEREVE DX (ELKEN)



Seminggu dua ni sy tgh dk usha2 korset ni. Skg ank sy yg kedua dh nak masuk 4 bln. Sebelum ni dh survey2 macam2 jenis korset dari yang murah smpaila yg mahal sbbnya sedih tgk perut yg x kempis2 walaupun badan saya ni selim melim je org tgk..So utk mndptkn balik bentuk badan sblm nih sy pikir sy mesti mengamalkn pemakaian korset n menjaga pemakanan. 

Korset tersebut mestilah yg comfortable n senang dipakai especially masa nk buang air supaya sy blh mengamalkan pemakaian korset nih dgn konsisten dan betul. Kalau korset tu xselesa mst kita slalu skip nk pakai kan sbb leceh..Dah lama niat hati nk pakai korset yg selesa n mahal tapi xmampu..sebelum ni tringin nk pakai PB tp jelas2 sy mmg xmampu nk memilikinya. Bila sy google pasal korset elken ni (tu pun setelah dipromote oleh kakak sayang, Kak Hanim yg mana skg ni beliau sdg guna korset tersebut), tiba2 rasa teruja nk pakai n sekaligus nk berbisnes plk jika ada rezeki. Bila pikir tang harganya,,mak aii tak sanggup la rasanya tp nasib baikla korset elken ni leh buat loan dgn aeon. Tak sabar rasanya nk g free fitting esok..hihihui.

Hasil google lan sy, sy dapati DX Elken nih mmg ramai sgt yg buat marketing and as a agen mestila diorg ckp produk tuh bgus kan ..DX Elken nih ada akak yg suppose sy suh try coz dia ckp DX Elken nih mmg best....dan apabila sy tgk testimoni2 mmg ramai yg ckp DX Elken is better. akak yg suppose korset ni kat sy sebelum ni ada guna PB tp skg ni dia bg almari yg pakai..dan ada jgk 2, 3 org yg sy jmp yg guna PB ckp mereka bg almari yg pakai..tp lain pula yg customer DX Elken nih kbnyakan sy jumpa smuanya berpuas hati dgn corset DX Elken....so sy dh dpt perbezaan antara PB n DX Elken. 

Meh saya citer skit pasal korset yang telah menarik perhatian saya nih..




Serlahkan Susuk Badan Yang Sempurna Kembalikan Bentuk Badan Yang Ramping

Bentuk badan merupakan Nyawa kedua bagi setiap wanita. Jadilah seorang wanita moden yang berkeyakinan, sihat, jelita & berdaya penarik. Semua wanita mengimpikan untuk mempunyai payudara yg montok, pinggang yg ramping, paha yg langsing, punggung yg pejal dan belakang yg rata. Ketidaksempurnaan bentuk badan digolongkan kepada 3 jenis melenduh, menggeleber dan tidak seimbang. Bentuk badan juga bergantung kpd bentuk tulang, aktiviti senaman,jadual pemakanan harian dan daya tarikan graviti. Disebabkan itulah terjadinya bentuk buah epal atau buah pear atau straight .Apabila badan mula mengembang especially selepas bersalin terlalu susah untuk kita mendapatkan balik bentuk badan seperti zaman anak dara dulu kecuali betul-betul berdisiplin dalam proses berpantang. Anda boleh menyalahkan baka, makan tengah malam yang tetap malah penuaan, tetapi adakah terdapt penyelesaian sebenar?

Kelihatan Hebat dari Setiap Sudut
Untuk mendapatkan semula bentuk badan yang diimpikan bukannye senang. Pakaian dalam pembentukan badan yang baik adalah yg dapat membantu mendorong lemak dr tempat yg tidak diingini dan memindahkan dgn tepat pada bahagian payudara dan punggung serta menguncinya untuk mendapatkan bentuk badan sempurna. Tidak seperti pakaian dalam pembentukan badan yg biasa yg mana tidak menitikberatkan pembentukan badan dalam jangka panjang, Corpsdereve DX Elken adalah buatan Jepun no.1 dan antara keunikannya: 

  • Reka bentuk Ergonomik
  • Bahan buatan yg bermutu tinggi & rekaan yg elegan
  • Kesan yang menakjubkan
  • Mutu terjamin
Dengan rekaan ergonomik Corpsdereve DX, anda bukan sahaja dapat menyaksikan suatu transformasi segera, malah dengan penggunaan tetap, lemak badan anda boleh dialihkan dan ditempatkan semula pada lengkungan menawan. 

1.Reka bentuk ERGONOMIK
Menggunakan pengimbas badan 3 dimensi tubuh manusia. Teknologi pengukur tekanan badan kerana tiap wanita, walau label kurus ke, atau gemok ke, bentuk badan berlainan. Malah ia menggunakan Teknologi Bantuan Computer (CAD) untuk melakar reka bentuk lalu memindahkan menjadi data berkomputer. Pemotongan fabrik juga dilakukan secara Teknologi Pemotongan Automatik (CAM) yang membolehkan pemotongan fabrik dilakukan dalam keadaan laju dan tepat! Setiap set DX Lingerie memerlukan 81 tenaga mahir dan terhasil daripada 156 langkah jahitan! Buatan Jepun, semua guna teknologi tepat, padat dan pekerja mahir!Net kuasa yang mengandungi kapas lembut direka untuk pelbagai bahagian menawarkan keselesaan muktamad, keanjalan dan ketahanan. Alami kuasa transformasi dengan Corpsdereve DX dan memiliki potongan badan sempurna hari ini!

Siapakah yg memerlukan CORPSDEREVE DX ini

1.Gadis remaja di zaman baligh
Mengarahkan pengalihan lemak semasa melalui proses peralihan umur dan hormon Membentuk tubuh badan yg cantik dan mengelakan dari mengalami masalah kegemukan ketika dewasa

2.Wanita yg semakin gemuk
Mengarahkan pengalihan lemak di tempat yg betul supaya tiada lemak yg melenduh dan berlipat-lipat di bahagian perut

3.Wanita yg cantik dan ramping
Mengekalkan kedudukan lemak dan mengekalkan bentuk badan 

4.Wanita berusia
Menahan daya graviti dan menjaga tulang belakang bagi mengelakkan bongkok

5.Wanita selepas bersalin
Melangsingkan kembali badan/pinggang yg ramping dan punggung

Dalam pemakaian pakaian dalam pembentukan badan/corset ni apa yg penting adalah KESELESAAN dan MUDAH UNTUK DI PAKAI...Tidak seperti jenama yg lain, DX Lingerie nih amat selesa (seolah-olah tidak memakai korset pun) dan senang di pakai.. main sarung jer x perlu nk loncat2, nak tarik2 n nk pusing2"...juga tidak perlu gunakan org ke dua untuk tlg pakaikan untuk kita...n most important thing selalunya masalah klu pki corset time nak ke toilet pling menyampah kan hehe...tp dgn DX Lingerie ni serius sungguh mudah x payah nk pening2 kepala kalau nk kencing anytime...tetulang yg digunakan pun sungguh lembut,x menyakitkan n sungguh selesa nk pki waktu solat, berjogging/senaman/aerobik...untuk mendapatkan kesan maksimum anda perlu memakai selama 8jam sehari dan perlulah konsisten....

Paling penting sebelum membeli korset adalah melalui proses "try fitting" dahulu.....baru anda akan rasa n alami sndiri pengalaman memakai korset ini samaada sesuai atau tidak dgn diri anda. Ramai yg pakai kesemuanya sgt berpuas ati dgn keselesaannya.




Itulah serba sedikit info yg saya dapat hasil google lan di internet..hai tak sabarnya nk gi free fitting esok..nanti sy citer lg yer after fitting..babai.



Selamat Tahun Baru - 2013




Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat tahun baru 2013. Tahun baru azam baru. Tahun 2013 ini bermacam-macam lagi perancangan yang akan saya lakukan dan semoga ada transformasi baru dalam kehidupan saya dan keluarga. Insyaallah semoga segala impian saya mendapat keizinanan daripada Allah s.w.t. amin. Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya.


Bak kata, jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Sering kali kita inginkan kejayaan tetapi ianya tak bermakna sekiranya kita enggan berusaha. Kita enggan meletakkan matlamat dan kita enggan keluar dari keadaan zon selesa kita.


Setiap tahun saya akan membuat azam baru dan matlamat tahunan baru, sesuatu yang lebih hebat dari azam dan matlamat tahun lepas.
Bila adanya matlamat, di situ lah kita akan lebih berusaha untuk memperbaiki diri Kita sendiri.


Dan azam tahun 2013 ialah mahu merubah kehidupan saya yang BIASA menjadi LUARBIASA, menjadi isteri yang sentiasa patuh kepada suami, anak yg taat kepada kedua ibu bapa dan orang yang lebih tua dan menjadi ibu yang paling TERBAIK untuk 2 anak gadis saya.


Tanpa suami, anak2 dan ibubapa, impian saya takkan menjadi kenyataan kerana merekalah INSPIRASI saya. 





Dan USAHA yang berterusan adalah PERLU.


Kembali berBLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, wujud juga akhirnya blog Little Sarrah ni. Litte Sarrah dinamakn sempena nama 2 orang puteriku iaitu Sarrah Rannia dan Sarrah Izaara. Mereka adalah sumber inspirasiku di mana jua aku berada. Semoga segala suka duka, pengalaman dan nasihat dapat dikongsikan dalam blog ini. Mudah-mudahan blog ini sentiasa di update dan tidakla bersawang..hehehe




2 anak gadis yang amat saya SAYANG ~ anugerah Allah yang tidak ternilai