Saturday, February 2, 2013

Selamat Tahun Baru - 2013




Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat tahun baru 2013. Tahun baru azam baru. Tahun 2013 ini bermacam-macam lagi perancangan yang akan saya lakukan dan semoga ada transformasi baru dalam kehidupan saya dan keluarga. Insyaallah semoga segala impian saya mendapat keizinanan daripada Allah s.w.t. amin. Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya.


Bak kata, jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Sering kali kita inginkan kejayaan tetapi ianya tak bermakna sekiranya kita enggan berusaha. Kita enggan meletakkan matlamat dan kita enggan keluar dari keadaan zon selesa kita.


Setiap tahun saya akan membuat azam baru dan matlamat tahunan baru, sesuatu yang lebih hebat dari azam dan matlamat tahun lepas.
Bila adanya matlamat, di situ lah kita akan lebih berusaha untuk memperbaiki diri Kita sendiri.


Dan azam tahun 2013 ialah mahu merubah kehidupan saya yang BIASA menjadi LUARBIASA, menjadi isteri yang sentiasa patuh kepada suami, anak yg taat kepada kedua ibu bapa dan orang yang lebih tua dan menjadi ibu yang paling TERBAIK untuk 2 anak gadis saya.


Tanpa suami, anak2 dan ibubapa, impian saya takkan menjadi kenyataan kerana merekalah INSPIRASI saya. 





Dan USAHA yang berterusan adalah PERLU.


No comments:

Post a Comment